Friday, May 1, 2009

Bonda I

Assalamualaikum...pada Hari Ibu tahun ni...saya ada buat satu sajak. Sajak ni saya buat khas untuk ibu2 sedunia. Tapi..sajak ini special buat ibu saya yang tersayang.
Enjoy!!!!


BONDA

Bonda,
Bondaku tersayang,
Insan mulia,
Wanita nurani,
Tak pernah jemu,
Tak pernah mengalah,
Mengharungi beribu dugaan.

Bonda,
Bondaku tercinta,
Saat bonda melahirkan diri ini,
Saat pahit manis bersamamu,
Biar bertahun-tahun merentas masa,
Takkan daku lupa.

Bonda,
Lirikkan matamu,
Lirikkan wajahmu,
Menggambarkan beribu dugaan,
Yang telah kau harungi,
Dengan segunung kecekalan,
Tanpa berputus asa.

Bonda,
Hidup ini penuh ranjau,
Perjalanan yang penuh duri dan rintangan,
Anakanda memohon doa dan restu,
Diberi kesejahteraan dan rahmat Ilahi.

Oh Bonda,
Anakanda memohon keampunan,
Atas dosa dan kesilapan,
Sikapku yang belum matang,
Menjadi sebab segala kesilapan,
qmpunkanlah dosaku bonda,
Engkau ratu hatiku.




Hasil nukilan: Nur Hamidah Masrah

Imbasan Kelas 6 Arif.....I

Pada tahun 2008. Di kelas 6 Arif. Di sekolah SK. ****** ***, di situlah aku n kwn2 ku menuntut ilmu. Kat kelas ni ler memori suka duka, pahit manis, sweet n sour, n memori yg teristimewa tercipta. ;p
Antara frenz dri kls 6 arif yg aku maC ingat adalah...
Aku, Bbie, Idah, Amelia, Syahdah, Faiz, Wardah, Najmi, Yana, Ali, Aizat, Khodijah, Shakina, Qayyum, Anizah, Aqidah, Sumayyah, Swieto, Shahierah, Haisa, Shila, Azizan(nickname nyer Kepala Ikan), Nadia, Jainab, Fatin, Amri, Naili, Nirma, ........penatnyer menaip.....Rizwan, Beazriah, Haziqah, Shuhaimi, Hasifa, Ain. huh.... akhirnya....sebenarnya ada dua org lagi tapi aku lupanya....
Dgn frenz aku sume nilah tersimpannya kenangan yg x dpt dlupakn.........So.....dlm blog ni....aku akan ceritakn memori2 special kat kelas 6 Arif....hope u guys enjoy....

Keras Kepala

Suatu hari...ada lah...satu polis trafik ni tahan seorang penunggang motorsikal

Polis: Maafkan saya encik. Tapi, saya terpaksa memberi saman kepada
encik kerana tidak memakai topi keledar time tunggang
motorsikal.
Penunggang: Tak perlu, tuan. Kawan2 saya kata saya ni keras kepala.
Ertinya...saya tak perlu pakai topi keledar. Kepala saya
keras tuan.
Polis: Tabah2 je laa....